Mutiara Kata

Mutiara Kata
Showing posts with label kenali. Show all posts
Showing posts with label kenali. Show all posts

Blog sebagai e-Diari

Rasanya dah ramai yang maklum fungsi Blog. Blog ni boleh dianggap sebagai diari digital sama ada untuk tujuan peribadi atau bersosial.

Antara yang biasa kita kat Malaysia guna adalah Blogger (http://www.blogger.com/) ataupun Wordpress (http://www.wordpress.com/) .







Apa yang boleh kita buat dalam blog? Macam-macam... antaranya:
  • Diari harian
  • Iklan barangan (iklan)
  • Kongsi Info
  • Luah perasaan (fitnah, geram, etc!)
  • dan sebagainya


Sekarang ni pulak sibuk pasal isu fitnah-memfitnah kat blog, sampai ada yang suruh sekat penggunaan Blog di Malaysia! Hm... malas nak komen! Apa-apa hal, pandai-pandai la urus blog masing-masing...

Ok, kita lihat apa yang ada pada blog. Walaupun sebenarnya kebanyakan remaja kat Malaysia ni lebih suka bersosial ngan web Friendster, Facebook, Myspace dan sebagainya (termasuk bebudak kolej aku...), sebenarnya banyak lagi yang boleh kita buat menggunakan Blog (pada hemat patik yang pacal lagi hina ni la...).

Ok, apa yang disediakan oleh Blog?

  1. Ruangan untuk taip artikel (+gambar, +video) - Macam perisian Word, korang leh taip, pilih jenis dan saiz tulisan, buat formating, masukkan gambar, malah leh masukkan video sekali! Tapi... video jenis flv (flash video - http://www.youtube.com/), mov (apple movie), dan wmv (windows media video) je la yang leh guna sebab saiznya kecik. Kalu besar sangat, mampus lama gile nak tunggu dia load!
  2. Template yang pelbagai - Korang leh pilih (atau install sendiri) macam-macam design sebagai latar dan hiasan blog korang - moden, romantik, klasik dan macam-macam lagi. Kalu buat betul-betul, blog korang memang nampak professional giler... Malas nak komen. Kalu nak belajar pasal hal ni, korang leh tengok blog aku - BlogHacked.blogspot.com .
  3. Macam-macam Widget leh dimasukkan - Widget ni kira cam program kecil yang kita leh masukkan sebagai fungsi tambahan blog kita antaranya - kalendar, jam, shoutbox - untuk borak, pemain muzik online, status pelawat - jumlah dan dari mana, dan macam-macam lagi!



Ada sesuatu yang korang kena tahu. Blog ni sebenarnya leh kita hack (program semula) untuk buat maca-macam! Untuk ni, aku da buat blog khas pasal Blog - BlogHacked.blogspot.com (Malangnya blog ni da lama aku tak maintain :P . Xsempat aka malas kut). Ikut kreativiti masing-masing; Jom kita berBlog :P

ilmu untuk dikongsi, bukan disimpan dihati

Sejarah Blogger 1999-2009

Blogger (http://www.blogspot.com/) adalah salah satu daripada portal blog percuma yang boleh didapati di internet. Dengan pelbagai kelebihannya seperti bandwidth tanpa had, kepelbagaian pilihan tema (template), kemudahan upload gambar, dan keupayaan integrasi dengan pelbagai widget (program tambahan kecil) menjadikan Blogger amat diminati.

Apakata kita lihat sejarah perkembangan Blogger yang merupakan antara pelopor (pemula) teknologi sosial Blog!

Blogger sebenarnya telah dibangunkan oleh Pyra Labs dan secara rasminya dilancarkan pada 23 Ogos 1999.


Blogger.com pada tahun 2000


Blogger akhirnya dibeli oleh Google Inc pada tahun 2003 yang kemudiannya telah mengubah antaramukanya pada tahun 2004. Google telah menambahkan Blogger dengan fungsi Image uploading - muat naik gambar (melalui Picasa web) , ruangan komen, keupayaan memasukkan widget yang pelbagai, arkib artikel, dan lain-lain lagi.

Blogger.com dari tahun 2004 - hingga Kini
Blogger juga menyokong Google Adsense - iklan yang membolehkan pemilik blog menjana pendapatan! Beginilah bagaimana Adsense kelihatan pada masa lalu (tahun 1998).


Adakah Blogger masih relevan dengan kehadiran pelbagai lagi persaingan seperti Wordpress, Friendster, Facebook dan sebagainya? Kita tunggu dan lihat...

"blog mudah untuk semua"