Blogger, salah sebuah portal penyedia perkhidmatan blog kini telah memperkenalkan satu fungsi baru yang dinamakan sebagai Template Designer. Template Designer adalah utiliti (alat) yang disediakan untuk memberikan lebih ruang dan kebebasan kepada pengguna bagi mengubahsuai penampilan blog mereka.
- Pilih Template yang sesuai dari galeri Template
- Pilih atau muat naik (upload) gambar untuk latar belakang blog
- Pilih cara paparan (susun atur) item dalam blog
- Ubah susun atur utama (body)
- Ubah susun atur bawah (footer)
- Ubah Saiz / Lebar paparan (width)
- Ubah penampilan jenis teks serta warna teks dan warna latar item
Selain itu, Template Designer juga memberikan ruang kepada pengguna yang lebih mahir untuk mengubah penampilan blog melaui ubahsuai CSS. Contoh di bawah adalah kod CSS yang ditambah untuk membuang 'Navigation Bar' pada blog.
No comments:
Post a Comment